Powered By Blogger

28 January 2011

Teknologi Maklumat Di Dalam Islam

Pendahuluan

Apa itu Teknologi Maklumat
Mengikut satu definisi, secara ringkasnya teknologi maklumat boleh dianggap sebagai "cara baru penyimpan, memproses dan menyalurkan maklumat yang dihasilkan oleh pembangunan yang pantas dalam bidang elektronik, pengkomputeran dan telekomunikasi".

Satu lagi definisi teknologi maklumat yang lebih luas pengertiannya ialah:
"...teknologi maklumat bermaksud pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan, penyebaran dan penggunaan maklumat. Ia tidak terkongkong kepada perkakasan atau perisian, tetapi mengiktiraf kepentingan manusia serta matlamat yang diletakkannya bagi teknologi tersebut, nilai-nilai yang digunakan untuk membuat pilihan, penilaian kriteria yang digunakan untuk memutuskan sama ada ia yang mengawal teknologi itu dan diperkayakan olehnya.”

Di dalam Ensiklopedia bebas, teknologi maklumat ditakrifkan sebagai:
"teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia merupakan satu tajuk yang sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepatnya menggunakan komputer digital dan perisian komputer untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.”
Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut dapatlah difahami bahawa teknologi maklumat bukanlah perkara yang terlalu baru. Ia telah wujud dengan wujudnya komputer. Bahkan sebelum kewujudan komputer sekalipun ia boleh dikatakan telah wujud juga.



Islam dan Teknologi Maklumat
Kemajuan teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. selama ini.
Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah s.w.t. maka pencapaian manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran seperti firman Allah s.w.t.:

Berdasarkan hal ini maka orang Islam tidak seharusnya menyisihkan diri dari perkembangan dan pembangunan teknologi maklumat pada hari ini, malah kita seharusnya dapat melibatkan diri secara aktif dan menjadi penyumbang utama untuk melahirkan satu masyarakat bertamadun bercirikan kebenaran seperti yang terkandung dalam agama kita.

Apabila kita berbicara tentang Internet lawan dakwah dan membentangkan beberapa unsur pemusnah nilai-nilai agama melalui Internet dan surat elektronik, maka kita tidak bermaksud agar kita menjauhkan diri daripada menggunakan komputer dan Internet. Malah tujuan kita ialah agar kita turut terlibat secara langsung di dalam aktiviti keilmuan ini dengan menggunakan berbagai-bagai kemudahan komputer untuk menyebarkan ilmu dan sekali gus dapat memanfaatkan diri dengan pencapaian istimewa manusia dalam teknologi maklumat itu.

Kita dapat mengesan beberapa pandangan yang membina tentang perkembangan teknologi maklumat dan kemanfaatannya. Tetapi peringatan dan amaran yang disuarakan ialah kebimbangan dan kekhuatiran yang amat besar tentang pengaruh negatif perkembangan ini terhadap nilai dan pegangan akidah umat Islam, khususnya generasi muda yang sedang mencari nilai-nilai hidup sendiri dan yang kurang memahami asas-asas akidahnya secara mantap.

Unsur-unsur lucah dan gejala hedonisme daripada satu pihak amat menonjol dalam Internet yang seolah-olah disogokkan untuk merubah nilai dan pandangan hidup manusia sejagat dan mengepung mereka dalam satu lingkungan yang bebas daripada nilai-nilai agama dan moral yang positif untuk kesejahteraan manusia.

Daripada satu pihak yang lain unsur-unsur negatif dan mengelirukan yang ditonjolkan tentang kebenaran agama mungkin boleh membawa kekeliruan pandangan tenang akidah dan unsur-unsur tauhid agama, termasuk persoalan-persoalan tentang ketuhanan dan kerasulan.

Hal-hal seperti ini memang tidak dapat dinafikan kewujudannya, dan seperti yang dijelaskan maka unsur-unsur ini terbukti amat cepat penyebaran dan kebanjirannya dalam masyarakat manusia, termasuk masyarakat kita yang sedang menggalakkan pembangunan teknologi ini.

Unsur-unsur pendidikan dan pengawasan diri haruslah dipertingkatkan ke tahap yang paling maksimum agar teknologi maklumat dapat dimanfaatkan oleh kita dalam membina masyarakat madani yang kita cita-citakan.

Unsur-unsur penapisan diri dan membina kekuatan dalaman haruslah dipertingkatkan dengan bersungguh-sungguh agar cabaran-cabaran negatif dalam teknologi maklumat itu dapat dilawan dan diatasi dengan sebaik-baiknya.

Semua faktor pengawasan dan pendidikan manusia, termasuk ibu bapa dan guru-guru, para pemimpin, dan jentera kerajaan sendiri haruslah dijanakan dengan sebaik-baiknya untuk mendidik semua peringkat generasi masyarakat kita yang sedang membangun supaya dapat menggunakan teknologi maklumat secara yang bertamadun untuk membina masyarakat madani.

Masyarakat bertamadun yang hendak kita bina ialah masyarakat yang berasaskan sistem nilai dan pembangunan ilmu pengetahuan yang menuju kepada kebenaran dan kekuasaan Allah S.W.T.

Hal ini memerlukan penyertaan orang-orang Islam sendiri dalam pembangunan teknologi maklumat secara positif dan proaktif. Biarlah ilmu dan kekayaan orang Islam dalam tamadun menjadi penyumbang yang konkrit untuk memajukan teknologi maklumat, dan bukanlah sebaliknya.

Terdapatnya beberapa kumpulan anak-anak muda Islam yang membuka laman web mereka tentang kumpulan ''''gay dan lesbian Islam'''' sesungguhnya amat memalukan dan merupakan satu tamparan hebat kepada kesucian agama kita.

Malah penyebaran junk e-mail dalam bahasa Melayu di negara kita sendiri nampaknya semakin meluas dan menjadi-jadi, iaitu yang merupakan satu perkembangan yang amat tidak sihat dalam pembangunan teknologi maklumat dan saluran elektronik di negara kita.

Masih banyak nampaknya unsur negatif dan mengelirukan disebar begitu mudah melalui e-mail oleh kalangan yang ingin menyebarkan fahaman salah tentang pelbagai isu. Malah tidak kurang pula yang menggunakannya bersembang lucah dan menghantar bahan-bahan porno yang hanya mencerminkan kecetekan ilmu dan kedangkalan iman.

Bagaimanakah hendak kita binakan masyarakat madani dan mengembalikan tamadun gemilang kita, sekiranya sikap negatif ini masih mencengkam jiwa orang-orang Islam sendiri dan unsur-unsur yang meruntuhkan ini lebih banyak mendapat perhatian daripada unsur-unsur yang dinamik dan membina?

Masyarakat islam sekarang amat memerlukan golongan berilmu dan berhikmah dalam membangun teknologi maklumat secara bertamadun, dan orang-orang Islam sendiri haruslah menjadi sumber ilmu dan hikmah itu sendiri, terutamanya apabila semua prasarana teknologi maklumat itu telah dibangunkan dengan jayanya di negara kita."



PENGLIBATAN UMAT ISLAM DALAM DUNIA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perkembangan teknologi maklumat(IT)sering diperkatakan di dunia hari ini. Isu-isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat sering ditonjolkan melalui media massa. Apa sahaja isu yang diketengahkan pastinya cuba dikaitkan dengan IT seperti globalisasi, ekonomi, peradaban manusia, pendidikan dan kemasyarakatan.

Malah di Malaysia sendiri tidak kurang hebatnya. Penglibatan Malaysia dalam dunia teknologi maklumat mula ketara dengan kewujudan Multimedia Super Corridor(MSC). Syarikat-syarikat swasta menawarkan perkhidmatan yang berunsurkan IT tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Terma-terma komputer (jargon) sering dipaparkan di dada-dada akhbar. Sehinggakan di dalam masjid juga masih kedengaran perkataan seperti internet, cybercafe dan sebagainya.
Namun demikian, penglibatan umat Islam hari ini dalam dunia teknologi maklumat masih lagi di tahap minoriti. Pemahaman terhadap teknologi maklumat itu sendiri masih kabur di kalangan umat Islam. Sebenarnya kalau kita amati dengan teliti, maka kita akan dapati Islam adalah agama yang mementingkan penggunaan serta penyebaran maklumat. Maklumat merupakan ilmu di mana ilmu memainkan peranan yang penting dalam agama Islam. Terlalu banyak dalil naqli mengenai kepentingan ilmu di dalam Islam.
Teknologi pula hanyalah satu kaedah atau pengkajian sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Umat Islam tidak seharunya menolak teknologi bahkan ia sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan ummah. Penyampaian maklumat menjadi satu unsur penting dalam penyebaran dakwah Islamiah. Ramai masyarakat berpendapat bahawa arus teknologi terlalu sedikit memberi sumbangan terhadap pembangunan rohani. Maka atas sebab inilah mereka kurang melibatkan diri dalam dunia teknologi. Kefahaman terhadap konsep fardhu kifayyah masih kurang jelas dikalangan masyarakat Islam itu sendiri.
Pada mereka cukuplah sekadar boleh menaip menggunakan komputer, bermain permainan video dan boleh melayari dunia siber melalui internet sedangkan soal pembangunan perisisan, penyediaan bekalan bagi membina prasarana siber, rangkaian komputer, penyelidikan teknologi malah membaik pulih komputer sendiri pun masih dikuasai oleh bukan Islam.
Teknologi memang boleh membawa implikasi negatif terhadap sistem sosioekonomi, politik serta peradaban manusia.
Di sinilah perlunya syariat dan kesedaran umat Islam tentang kepentingan penguasaan dunia IT bagi mengelakan kebocoran maklumat yang tidak tepat, unsur-unsur penyelewengan aqidah, penentangan syariah Islam, penyebaran racun-racun orientalis dan propaganda Yahudi, perjudian secara online, pornografi dan sebagainya.
Kesedaran sahaja tidak cukup bagi membenteras gejala-gejala negatif ini. Kalau dahulu kedengaran suara-suara penentangan terhadap teknologi Radio dan Televisyen yang akan membawa kepincangan terhadap jiwa serta rohani umat Islam, maka kini umat Islam sudah mula menerimanya malah ada juga yang berjaya menguasai bidang tersebut hingga teknologi radio dan televisyen digunakan sebagai alat penyebaran risalah agama tauhid ini. Sebagaimana salah satu terma yang digunakan dalam dunia teknologi, GIGO (Garbage In, Garbage Out), sekiranya sampah atau maklumat yang buruk yang kita masukkan maka sampahlah yang kita perolehi begitu juga sebaliknya.
Teknologi Maklumat boleh menjadi satu cara yang efektif untuk menyampaikan dakwah. Konsep dunia tanpa sempadan(bordeless world) menjadikan skop penyampaian maklumat lebih luas. Penyebaran fatwa boleh dilakukan secara cepat tanpa mengira faktor lokasi. Maklumat pencerobohan atau pencabulan wilayah Islamiyah boleh disampaikan dengan cepat. Strategi musuh boleh diketahui dengan lebih tepat serta pelbagai kemudahan yang lain.


Cabaran Teknologi Maklumat Dan Internet

Teknologi maklumat dan internet adalah merupakan telekomunikasi canggih yang banyak diperkatakan kebelakangan ini. Kemunculannya sejak beberapa tahun yang lalu adalah hasil daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi yang sangat hebat perkembangannya, sehinggakan dalam masa yang singkat telah melahirkan berbagai telekomunikasi yang serba canggih dan di luar dugaan.

Kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet ini juga telah banyak merubah cara hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara manusia berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan bertambah kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.

Di dalam dunia yang serba moden ini, di mana keperluan hidup harian manusia banyak bergantung kepada sains dan teknologi, maka tidak dinafikan peranan yang sangat besar yang boleh dimainkan oleh teknologi maklumat dan internet dalam membentuk pemikiran manusia dan suasana masyarakat yang akan datang.

Melalui perkembangan teknologi maklumat dan internet ini juga, umat Islam perlu sedar bahawa ianya adalah saluran yang sangat berfaedah dan berkesan sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya. Contohnya, melalui internet umat Islam dapat menyebarkan syiar Islam dengan seluas-luasnya ke seluruh dunia. Ianya juga boleh dijadikan sumber maklumat dan ilmu Islam, menjadi wadah untuk bermuzakarah sesama umat Islam di serata dunia, bahkan juga boleh dimanfaatkan untuk pasaran perdagangan sesama Muslim seluruh dunia. Malah di peringkat kebangsaan pula, kemajuan teknologi maklumat ini boleh digunakan untuk kepentingan bersama seperti perbincangan yang lebih cepat dan berkesan terhadap isu-isu dadah, Aids, gejala sosial dan berbagai-bagai lagi.
Di samping banyak faedah yang dapat dimanfaatkan daripada teknologi maklumat dan internet ini, kita juga menyedari bahawa teknologi yang pada asasnya bersih ini telah disalah-gunakan sehingga menjadi salah satu saluran yang tidak bermaruah. Melalui kemajuan teknologi ini, manusia lebih bebas untuk menyebarkan idea-idea yang berbahaya. Mereka yang mempunyai niat jahat terhadap Islam akan menggunakannya untuk menyebarkan fitnah dan memburukan Islam. Bahan-bahan lucah dan budaya kuning Barat akan lebih mudah disalurkan ke mana-mana sahaja di serata dunia.
Atas kesedaran inilah, maka kita umat Islam khasnya di Malaysia, perlu melihat cabaran yang dibawa oleh teknologi maklumat dan internet ini dari kacamata Islam. Kerana sudah tiba masanya bagi umat Islam untuk memahami dan mengambil segala faedah yang dibawa oleh teknologi ini, termasuklah menghadapi ancaman-ancaman yang dibawanya. Kita perlu mampu menukar cabaran-cabaran ini kepada peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Islam.



Peranan Umat Islam dalam Teknologi Maklumat
Perkembangan alaf baru abad ke -21 jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat membangun.Pengaruhnya di dalam kehidupan seharian kita begitu dirasai lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang memungkinkan manusia berinteraksi dengan lebih mudah,cepat dan efisien.Fenomena semasa juga menunjukkan bahawa mana-mana bangsa yang dapat menguasai ekonomi dengan dibantu oleh sistem komunikasi yang canggih adalah sebenarnya menguasai ekonomi dunia.

Bagi kita umat islam, perkembangan teknologi maklumat pastinya menjadi suatu rahmat, peluang dan cabaran kepada kita. Kedudukan semasa sekarang ini menjadi sesak dengan kecanggihan maklumat dan telekomunikasi yang menghubungkan manusia dengan tanpa sempadan. Dengan kecanggihan maklumat ini kita memperolehi pengetahuan yang akan menentukan setiap keputusan dan tindakan. Sebagai umat islam yang mengaku beriman kepada Allah ta'ala,apabila berbicara mengenai kecanggihan teknologi maklumat sewajarnya mengingatkan kita kepada kecanggihan wahyu Ilahi. Kita harus memandang kecanggihan teknologi maklumat ini sebagai suatu rahmat dan cabaran daripada Allah ta'ala untuk menguji sejauhmana keimanan kita kepada Allah, terpulang kepada kita untuk memanfaatkan teknologi maklumat ini sama ada untuk menggunakannya ke arah kemajuan manusia sejagat berlandaskan islam atau sebaliknya.




Penghasilan senjata canggih amat diperlukan oleh umat islam
Persoalanya sekarang bagaimana kita harus merebut peluang ini dan manfaatkannya sebagai sistem perhubungan manusia sejagat.Apakah kita akan menjadikan teknologi mklumat ini sebagai rangkaian untuk kemajuan umat? dan apakah teknologi ini dapat melahirkan manusia yang berakhlak dan bermoral?. Barangkali inilah cabaran-cabaran yang mesti ditempuhi dan difikirkan oleh umat islam pada masa kini. Jika umat islam hari ini tidak berperanan untuk memanfaatkan teknologi ini, maka umat islam akan ketinggalan di dalam kesesakan teknologi maklumat yang membangun pesat di abad ini. Oleh itu umat islam seharusnya memainkan peranan yang penting untuk menguasai sains dan teknologi. Seharusnya umat islam harus peka di dalam persediaan menghadapi cabaran berikut,cabaran di dalam bidang penyebaran maklumat dan komunikasi. Semestinya cabaran ini harus dipikul oleh setiap individu muslim sama ada guru,pensyarah,pelajar,doktor,peguam dan sebagainya.


Penggunaan teknologi maklumat tuntutan masa

Kelebihan serta janji Allah ta'ala yang mengiktiraf kedudukan umat manusia sebagai umat yang terbaik yang mengajak manusia ke arah kebajikan dan mencegah kemungkaran hendaklah dibuktikan. Ia tidak senarusnya menjadi semangant retorik semata-mata tanpa ada daya usaha untuk menguasai kepakaran teknologi maklumat.

Kemudian kedudukan ini seharusnya menjadi asas kepada umat islam untuk berusaha menyebarkan maklumat tentang islam kepada ahli keluarga,masyarakat dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Selain itu,umat islam seharusnya sedar akan kepentingan sains dan teknologi ini, perkembangan mutakhir ini juga mengajak kita untuk mendalami ilmu sains.
Dari sudut semasa juga telah memperlihatkan kepada kita bahawa kecanggihan teknologi dan sistem komunikasi pada sesebuah bangsa dapat mempengaruhi sesebuah bangsa yang lain. Kita juga dapat memperlihatkan bahawa bagaimana kuasa-kuasa besar seperti negara barat dan sekutunya yang menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk menghancurkan negara yang majoritinya umat islam.

Mereka menggunakan kecanggihan senjata mereka untuk menyekat kebangkitan dan juga pembangunan negara islam daripada terus mencapai kemajuan.

Oleh itu, umat islam seharusnya sedar akan situasi ini, mereka hendaklah bangkit untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang teknologi maklumat sama ada dari segi komunikasi,maklumat,senjata dan sebagainya yang telah digunakan oleh kuasa-kuasa besar untuk menghancurkan mereka.

Umat islam juga harus menyemai sikap positif dan inisiatif yang bersungguh-sungguh dalam jiwa masyarakat islam bahawa teknologi maklumat adalaha satu salurn yang berguna dan bermanfaat kepada agama.

Bagi organisasi-organisasi islam yang lain pula, kualiti pengurusan dapat dipertingkatkan dan digerakkan secara sistematik dan tersusun menerusi penguasaan teknologi maklumat.Mereka hendaklah bergerak legih cergas setanding dengan organisasi-organisasi lain,malah perlu lebih dari tiu. Sudah pastilah,sekiranya peranan-peranan ini dapat dimainkan dan direalisasikan kita dapat melahirkan umat islam yang berilmu,tinggi akhlaknya,mahir dalam bidang sains dan teknologi dan berinformasi.




Mengapa Umat Islam Lemah Dalam Teknologi Maklumat (IT)
1/4 daripada populasi manusia di dunia adalah orang Islam (Muslim). Namun, kita dapat lihat bahawa kita amat jauh ketinggalan dalam bidang IT. Jika kita kuat, sepatutnya 1/4 daripada seluruh mahasiswa dalam bidang ini adalah umat Islam. Bukan itu sahaja, sepatutnya Muslim-lah yang menjuarai penciptaan-penciptaan hebat seperti apa yang dilakukan oleh Google, Microsoft, Facebook dan lain-lain.
Tidak Menganggap Ianya Sebagai Sesuatu Ibadah Dan Kerana Allah.
-Jika semua pencipta teknologi IT, programmer, developer, anylyst, dan lain-lain menganggap pekerjaannya, inovasi dan produk yang di hasilkannya adalah kerana Allah SWT dan merupakan satu sumbangan kepada Umat Manusia supaya dapat dimanafaatkan bersama, Insyaallah inovasi dan produk Umat Islam akan dimartabatkan.

• Sikap Suka Bergantung Kepada Orang Lain.
-Kita suka bergantung kepada teknologi yang sedia ada, memang tidak dinafikan lah, kita perlu menggunakan teknologi yang sedia ada,Cuma disamping teknologi yang ada, kita sebagai umat islam perlu memikirkan teknologi yang lebih baik dan boleh dimanfaatkan oleh umat islam semua.

Tidak Suka Berkongsi Pengetahuan Yang Ada.
-Faktor ini juga mungkin menyebabkan umat islam jauh ketinggalan di dalam IT ini, mungkin sesetengah individu yang mempunyai pengalaman,kemahiran,pengetahuan di dalam bidang ini tidak mengembangkan ilmunya kepada orang laen, malahan jika dikembangkan mungkin bukan kerana Allah SWT.

• Tiada Minat Untuk Mendalaminya (Ilmu Berkaitan Teknologi.)
-Saya dapat lihat ketika masa belajar dahulu dan sekarang, terdapat beberapa golongan pelajar yang ingin tahu mengenai teknologi ini semata-mata bacaan dan pemahaman untuk LULUS di dalam peperiksaan sahaja,dan bukan kerana untuk menambahkan ilmu dan mengamalkannya kelak apabila di alam pekerjaan atau selepas daripada belajar.

Tiada Sokongan Yang Kuat Sesama Umat Islam.
-Sebagai contoh, jika adapun produk, inovasi oleh umat islam, tetapi tiada sokongan daripada kalangan umat islam, produk atau inovasi tersebut tidak berkembang malahan jika idea atau konsep yang ingin diketengahkan itu di lihat berpotensi untuk di perkembangkan, mungkin ia nya akan di ambil dan di ubah suai oleh golongan bukan islam.




Penutup
Kesimpulannya, umat Islam harus memberi perhatian yang terhadap ilmu teknologi maklumat dan bukannya sekadar boleh menaip menggunakan komputer, melayari internet atau bermain permainan video sahaja malah ianya boleh diperluaskan lagi hingga ke tahap penyelidikan dan penghasilan teknologi itu sendiri tanpa perlu menggadaikan aqidah dan syariat Islamiyyah.

No comments:

Post a Comment